Be Patient

Setiap insan ingin melakukan segala amal ibadah kebaikan apabila bulan Ramadhan kini telah tiba. Sesiapa pun dirinya itu, dia pasti menginginkan kebaikan. Segala peluang yang dibentangkan (pintu neraka pula ditutup), direbutnya. Begitu juga, diri seseorang itu mengharap agar senantiasa dibimbing oleh Allah swt. Segala apa yang terbuku di hati diluahkan kepadaNya agar diberi petunjuk.

Setiap masalah, apa pun ia, pasti ada jalan penyelsaiannya. Penyelesaiannya akan datang pada masa yang telah ditentukanNya. Allah akan memberi jawapan tersebut sama ada dalam waktu yang singkat atau bukan (jangka waktu yang lama). Jika masalah itu belum terungkai, bersabarlah.

Untuk bersabar menghadapi sesuatu masalah (terutama) yang telah lama membelenggu diri, tidaklah mudah. Kita pasti akan merungut, mempersoalkannya, dan mungkin....menangis. Boleh juga diri merasa tertekan. Apa jua pun yang sedang kita hadapi, percayalah Allah Maha Besar. Dia tidak akan menguji hamba-hambanya melainkan mengikut kemampuan masing-masing. Namun, seringkali apabila masalah itu bagaikan tiada akhirnya, kita ingin putus asa. Kita lupa padaNya. Inilah lumrah sebagai seorang manusia. Akan tetapi, janganlah gunakan alasan ini sebagai satu senjata untuk melemahkan diri.

Contoh skenario:
1. Kita melihat orang di sekeliling kita (contoh: kawan) menjalani kehidupan dengan mudah ataupun relax je.
"Bestnya diorang. Happy je. Tak macam aku.."
2. Kita berasa diri ini sering dirundung malang.
"Malangnya nasib aku. Asyik aku je kena. (sedih dan sayu)"
3. Jawapan kepada masalah tiada akhirnya.
"Kenapa jawapan (kepada masalah) tak ada ni? Sesak hati ni. Stress aku.."
4. Kita merasakan orang di sekeliling kita tidak mengerti langsung luahan hati kita.
"Aku tersepit. Aku buntu, tak tahu nak buat apa lagi.."
5. Tak faham apa yang kita lalui.
"Awak tak faham. Senang lah awak nak cakap."
Dan sebagainya.

Sofia ingin mengaitkan ini dengan sesuatu yang baru Sofia temui jalan penyelsaiannya. Sewaktu Sofia mendengar luahan hati seseorang kawan secara tidak sengaja, tak sangka bahawa masalah yang dihadapinya sama seperti Sofia, lebih kurang. Sama ada besar ataupun kecil, apabila mendengar luahannya, Sofia tak mampu berkata melainkan terkejut. Tak sangka.
"Kecilnya masalah ni. Tak besar pun. Subhanallah."
Kerana tak sangka, Sofia hanya mampu senyum dan ketawa.

Mengeluh, mengingatkan Sofia bahwa kita sering alpa padaNya. Kita merasakan masalah itu terlalu besar sehingga menyesakkan dada. Sofia masih ingat pesan guru yang selalu kata, "Masalah itu kecil. Ingatlah, Allah Maha Besar." dan "Jangan pandang rendah pada doa. Mintalah padaNya."

Jika kita bersabar menangani masalah, insyaallah, apabila jawapan itu terungkai, segala yang dihadapi tidak sia-sia. It's worth it. Sabar itu bererti tidak henti berdoa kepada Allah. Bukan sabar tanpa mencari jawapan untuk menyelesaikannya. Dan sabar itu lebih baik daripada melepaskan anak panah kemarahan yang ada.
No matter what hardship you may be going through, never underestimate the power of prayer with conviction." -Mufti Menk
Ia mungkin memakan berhari-hari, berbulan-bulan ataupun bertahun-tahun. Betapa jauhnya untuk mencari sesebuah jawapan hanya pada satu masalah sekalipun, laluilah dengan tabah dan sabar. Pesan seorang ustazah, "Jangan lari daripada masalah. Jika awak lari, ia tidak akan selesai." Indeed, it's really true.

Kita masih di dalam bulan Ramadhan. Maka ambillah peluang yang ada untuk meraih manfaatnya. 

Dan sebuah lagu bagi merumuskan entri pada kali ini...

Comments

  1. makasih infonya...
    infonya sangat menarik dan bermanfaat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Unknown

The joy of receiving knowledge in class