Diam

There are times when you need to just pour what has really been disturbing your thoughts for days, weeks, months, years or decades. You (readers) have the right to conclude whatever you want after you've read this down below. I decided to write it in Malay as it's for the best.

Here's the first.

Aku hanya mampu melihat dari jauh. Tanpa tindak balas yang mampu menghentikan segalanya. Aku harus diam. Diam bukan bisu tetapi demi kebaikan. Setiap ucapan bagaikan racun yang menghancurkan harapan yang kau letak pada aku. Kau yang kata.

Suatu hari, aku lihat kau dan dia saling bertikam lidah. Kau kecewa dengan aku seolah-olah aku mementingkan diri sendiri . Kau melepaskan rasa marah bagaikan aku ini dinding - atau tiada perasaan? Aku diam sahaja. AKu, bersuara? Tak perlu rasanya. Nanti kau sakit hati.

Hari pun berlalu. Ketegangan memang ada. Aku akhirnya mengalah sendiri. Aku benci jurang di antara kita. Kau pun tak akan mudah menyerah. Kau terima maaf aku. Aku sering membiarkan persoalan tergantung di fikiran kau. Diam aku ini adalah juga kerana aku tau, kau akan lepaskan apa yang kau tak puas hati bila kita gaduh. 

Setahun berlalu, sekelip mata juga kita tak seperti dulu. Aku tak tahan dengan lagak kau yang tak menentu. Kau kerap kali bertanya kepada aku mengapa aku tak seperti dulu? Kau nak dengar apa yang aku cakap ke? I don't think so. Kau kata, aku ramah dengan yang lain; dengan kau, aku tak.

Kini aku bersuara, "Jika kata-kata aku hanya membuat kau marah, hanya menghancurkan hubungan yang tak boleh putus ini, hanya membiarkan syaitan bertepuk tangan, adalah lebih baik aku diam. Lagipun, kau mana suka kata-kata aku ini (lancang/direct)."

Kau tak puas hati dengan aku. Kau kata aku selalu berkias dalam setiap ucapan dan tak jujur. Aku membalas setiap ayat kau dengan hembusan ketawa kecil yang terselit luka yang perit. Aku diam sahaja. Kau marah. Aku pun. Kita berdua diam. 

Siapa yang salah? Aku juga. Maybe.

Kau fikirlah. AKu letih.   

Comments

Popular posts from this blog

Be Patient

Unknown

The joy of receiving knowledge in class